Thursday 27 December 2012

Barang sudah sampai

Alhamdulillah, pagi tadi iaitu hari khamis 27 Dis 2012 lebih kurang jam 10 pagi, barang daripada kontraktor telah selamat sampai ke PAPN Padang Rengas. Namun terdapat sebahagian lagi barang-barang seperti perabot, alat tulis dan lain2 akan dihantrar secepat yang mungkin..Di sini kami post kan gambar-gambar yang berkaitan..



barang-barang dibawa turun dari lori.

kerja pemasangan meja-meja, rak-rak serta laci sedang dijalankan.

sebahagian kecil daripada barang yang dihantar hari ini.

setelah kontraktor pulang, dengan segeranya Cikgu Mila dan Cikgu Huda mengemas serta menyimpan semua barang yang telah sampai .. 


Friday 21 December 2012

Borang Kemasukan Anak Permata

PAPN Padang Rengas Kuala Kangsar menjemput ibu bapa dan keluarga yang mempunyai anak berumur 1-3 tahun untuk mendaftar bagi kemasukan baru 2013 ke PAPN padang Rengas. Mari beramai-ramai mendaftar bagi kemasukan baru 2013. PAPN Padang Rengas beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat) kecuali cuti umum.

Syarat-syarat kemasukan:
 
 Bagi kawasan luar bandar, jumlah pendapatan isi rumah (suami  dan isteri) adalah tidak melebihi RM1,500.00. 

 Bagi kawasan pinggir bandar dan dalam bandar, pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM 2,500.00. 

 Keutamaan juga diberikan kepada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), pemohon yang mempunyai masalah keluarga (contoh:  masalah penceraian, digantung tidak bertali  dll.).


 Keutamaan akan diberikan kepada ibubapa yang tinggal berdekatan dengan PAPN Padang Rengas (10 km dari kawasan rumah).

Permohonan baru untuk Permata Padang Rengas masih dibuka dan Ibubapa boleh memuat turun (disini) Permohonan mestilah disertakan dengan :


  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa
  • Salinan Mykid dan Surat Beranak Anak
  • Slip gaji pasangan/Pengesahan Pendapatan bagi yang bekerja sendiri 

Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke PAPN Padang Rengas:

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA
TAMAN SERI PERMAI 
33700 PADANG RENGAS
KUALA KANGSAR PERAK DARUL RIDZUAN

Thursday 20 December 2012

Pusat Anak Permata Negara Padang Rengas


Pusat Anak Permata Negara Padang Rengas
Lot 4271, Taman Seri Permai
33700 Padang Rengas 
Kuala Kangsar 
Perak darul Ridzuan

No. untuk di hubungi : 05 758 3215   ( Pejabat )
                                            019 524 5449 ( Cikgu Mila )
                                             012 542 1317 ( Cikgu Huda )
                                          012 5749373 (Cikgu Azie)

Email: papnpdgrengas@yahoo.com
Blog : papnpadangrengas.blogspot.com
facebook : Papn Pdg Rengas