Friday, 21 December 2012

Borang Kemasukan Anak Permata

PAPN Padang Rengas Kuala Kangsar menjemput ibu bapa dan keluarga yang mempunyai anak berumur 1-3 tahun untuk mendaftar bagi kemasukan baru 2013 ke PAPN padang Rengas. Mari beramai-ramai mendaftar bagi kemasukan baru 2013. PAPN Padang Rengas beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat) kecuali cuti umum.

Syarat-syarat kemasukan:
 
 Bagi kawasan luar bandar, jumlah pendapatan isi rumah (suami  dan isteri) adalah tidak melebihi RM1,500.00. 

 Bagi kawasan pinggir bandar dan dalam bandar, pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM 2,500.00. 

 Keutamaan juga diberikan kepada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), pemohon yang mempunyai masalah keluarga (contoh:  masalah penceraian, digantung tidak bertali  dll.).


 Keutamaan akan diberikan kepada ibubapa yang tinggal berdekatan dengan PAPN Padang Rengas (10 km dari kawasan rumah).

Permohonan baru untuk Permata Padang Rengas masih dibuka dan Ibubapa boleh memuat turun (disini) Permohonan mestilah disertakan dengan :


  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa
  • Salinan Mykid dan Surat Beranak Anak
  • Slip gaji pasangan/Pengesahan Pendapatan bagi yang bekerja sendiri 

Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke PAPN Padang Rengas:

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA
TAMAN SERI PERMAI 
33700 PADANG RENGAS
KUALA KANGSAR PERAK DARUL RIDZUAN

No comments:

Post a Comment