Monday 6 May 2013

Aktiviti Sepanjang Bulan April

Assalamualaikum wbt.
Salam 1 Malaysia
Salam Perak Aman Jaya

Sepanjang bulan April ini, beberapa aktiviti telah dirancang dan dijalankan di Pusat Anak PERMATA Negara Padang Rengas dengan jayanya. Alhamdulillah. ^_^. Tema pada bulan ini adalah berkenaan dengan Deria dan aktiviti yang dirancang pada bulan ini berkait rapat dengan membaca kerana kami ingin memupuk budaya membaca di kalangan anak-anak PERMATA.

Membaca sangat penting dalam kehidupan kita. Rugilah kalau kita tidak memupuk budaya membaca dalam kakangan anak-anak kita sejak mereka kecil lagi. Ingat tak? surah pertama yang Allah turunkan pada Nabi Muhammad pun berkenaan dengan membaca (Iqra'). Ha.. ini terbukti melalui membaca dan bercerita kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran bahasa, komunikasi dan literasi awal mereka. ^_^.. kan?

Kenapa Admin asyik bercerita tentang membaca ni? sebab semua aktiviti bulan April ini berkaitan bacaan. Antara aktiviti yang diadakan ialah :

1) Pertandingan menghasilkan Big Book bertemakan deria. (12 April - 25 April 2013)
2) Program 1 Anak 1 Buku ( 12 April - 30 April ) yang mana 1 keluarga menyumbangkan sekurang-kurangnya 1 buku yang baru ataupin terpakai. 
3) Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ( 27 Apri 2013) yang disertai oleh ibu bapa PAPN Pdg Rengas dengan kerjasama PIBP SK Perempuan Pdg Rengas untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa berkenaan bahan-bahan bacaan Awal kanak-kanak.

Bestkan aktiviti bulan ni? ^_^ .. Jom kita tengok gambar sepanjang bulan ini : 

Pertandingan Big Book 

Big Book Yang dihasilkan oleh ibu bapa 

Excellent!! kreatifkan ibu bapa di sini menghasilkan big book ?
Tahniah ^_^


Big Book contoh yang dihasilkan pendidik

Pemenang pertandingan Big Book - Umi Anas .
Tahniah !!!!!

Program 1 Anak 1 Buku 

Buku-buku yang disumbangkan oelh ibu bapa dan Pendidik
PAPN Padang Rengas

Aktiviti Story Telling 

Ibu Irzyan cerita apa tu??

tekunnya anak-anak mendengar.

cikgu Mila : Siapa suka makan labu angkat tangan!. hihi

Very goog boys and girls ^_^

Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ( Program Kembara Ilmu) 

Ucapan Perasmian oleh Dato Hajah Siti Salmah MAt Jusak
ADUN Lubuk Merbau

ucapan dari Guru Besar SK Perempuan.

Sebelum Bertolak

senyum ^_^


Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang aktiviti yang dirancang ini berlangsung terutama sekali pihak ibu bapa anak-anak PERMATA dan juga SK Perempuan Pdg Rengas. Moga aktiviti pada masa hadapan juga berjalan dengan lancar. 

No comments:

Post a Comment