Assalamualaikum
Salam 1 Malaysia
Salam Perak Aman Jaya
Pada 2 April 2013 Kami dari PAPN Padang Rengas telah membuat lawatan ke Taska Permata Kuala Kangsar di Bukit Chandan. Aktiviti ini sesuai dengan tema pada bulan Mac iaitu "Taskaku". Pada awal rancangan aktiviti lawatan ini diadakan pada bulan Mac, namun terdapat beberapa kekangan menyebabkan kami mengubah tarikh tersebut. Melalui lawatan ini juga kanak-kanak dilihat dapat bergaul dengan kawan-kawan baru dan secara tidak langsung ini meningkatkan kemahiran sosial dalam diri mereka.
Semua seronok dapat jumpa kawan baru, maklumlah..di Taska PERMATA Kuala Kangsar ada 20 orang anak, jadi tentunya sangat meriah berbanding dengan PAPN Padang Rengas yang baru ada 8 orang anak. Mestilah anak-anak ini seronok berkawankan? ^_^
Semasa lawatan kami ke Taska PERMATA Kuala Kangsar, mereka sedang mengadakan Sambutan Hari Jadi. Kami turut sama-sama memeriahkan sambutan tersebut. Jom kita lihat gambar yang sempat dirakamkan.. ^_^
Irzyan dan dapat kawan dah.. |
Sedihnya muka Anas.. kenapa? |
Birthday's Boys and Girls Anak-anak PERMATA Kuala Kangsar |
Nyanyian Selamat Hari Jadi |
Seronoknya pakai topeng ^_^ |
Apa yang berlaku? |
macam picnic je kan? =) |
Salam perpisahan .. nanti jumpa lagi |
hamboi Irzyan.. cium tangan bersungguh ^_@ |
BYE BYE |
Terima Kasih kami ucapkan kepada Taska PERMATA Kuala Kangsar atas layanan mesra yang diberikan. Jika ada masa terluang, jemputlah datang ke PAPN kami pula ye ^_^
Terima kasih Daun keladi
akan datang kami singgah lagi
Kalau ada sumur diladang
boleh kami menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi
BYE BYE ^_^
No comments:
Post a Comment