Saturday, 23 March 2013

Selamat Datang dan Selamat Menabur Bakti

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia,


Selamat Datang ke Pusat Anak Permata Negara Padang Rengas diucapkan kepada 
Cik Siti Noorazi Bt Abdullah, Pendidik DG41
yang mula berkhidmat pada 1 Mac 2013
Selamat bertugas dan selamat menaburkan bakti...(^-^)

Cik Siti Noorazi Bt. Abdullah


Wednesday, 20 March 2013

Aktiviti Bulan Mac : "Home Sweet Home"


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia 

Papn Padang Rengas telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2013, dan salah satu aktiviti yang dirancang dalam bulan Mac ialah aktiviti "Home Sweet Home" yang bersesuaian dengan tema bulan ini iaitu "Rumah Saya". Dalam aktiviti ini anak-anak Permata Padang Rengas telah dibawa melawat ke rumah rakan-rakan mereka. Lawatan ini dilakukan selama 3 hari iaitu dari 19-21 Mac 2013, iaitu Selasa hingga Khamis. 

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak Papn Padang Rengas melawat ke rumah rakan-rakan mereka di samping dapat mengenali ahli keluarga rakan masing-masing. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan ukhwah di antara pendidik, ibu bapa dan anak-anak Permata. 

Mereka sangat gembira dapat mengunjungi ke rumah rakan-rakan sepermata dan merasa seronok apabila rumah mereka dikunjungi oleh rakan dan pendidik. Macam-macam ragam dan telatah anak-anak ini ketika membuat aktiviti "Home Sweet Home".. kalau tak percaya..jom kita tengok gambar yang sempat dirakamkan ...^_^

ready to go!! peace Yo!

Irzyan ni mengantuk ke excited?? hhihii

Assalamualaikummmm!! kami dah sampai

Rumah Ammar dan Amsyar

Irzyan : nakkk..

Ibu Ammar dan Amsyar dengan anak-anak Permata

Dah sampai rumah Hafizah ^_^

nampak sama tapi tak serupa..hihi

Ibu Hafizah dan anak-anak Permata

Agaknya apalah yang disembangkan oleh mereka ye??

Taaraa!! dah sampai rumah Fatin ^_^

tanggal kasut dulu ..

salam dengan Mama fatin

Oh..dah rumah Anas pulak ?? 

Terima kasih Ummi Anas..sedapnya Ummi Anas masak ^_^

bye..nak balik dah  

Sampai je di Permata semuanya berasa letih..lepas mandi semua tidur nyenyak.. apa-apa pun yang penting anak-anak Permata seronok melakukan aktiviti "Home Sweet Home"...Yeyyyy ^_^ 

Aktiviti Luar : Kayuh jangan tak kayuh


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Antara aktiviti luar yang selalu kami galakkan kepada anak-anak Permata adalah aktiviti berbasikal. Anak-anak ni suka sangat kalau kita suruh mereka mengayuh basikal. Bukan main laju lagi. Sampai jerit-jerit seronok. Itulah sifat kanak-kanak. Walaupun kita nampak mereka hanya mengayuh basikal, namun di situ  proses pembelajaran berlaku melalui aktiviti penerokaan atau dalam aktiviti Papn dipanggil (nature walk) dan ini dapat memberikan pengalaman baru kepada mereka.

Aktiviti berbasikal amat baik untuk kanak-kanak kerana ia dapat meningkatkan kemahiran motor kasar mereka melalui aktiviti kayuhan. Aktiviti fizikal yang dirancang dengan baik akan dapat memastikan proses perkembangan fizikal berlaku dengan berkesan.

Jadi apalah agaknya anak-anak Permata Padang Rengas ini lakukan masa aktiviti berbasikal ye..hihi..Jom kita intai nak?? ^_^

Hafizah : cepat la kembar..Anas nak lalu ni...

Ammar : Beratnya Hafizah ni..hiihih

Hati-hati bawa Fatin ye Amsyar ... =)

Irzyan : tunggu kasut Irzyan tertanggal..tungggguuu!!!

Cikgu Azie dan Cikgu Mila..mana Cikgu Huda??

Main kasut lagi best..hahahha

Simpan semula setelah digunakan .. Very Good !

Fatin : Siap parking dah cikgu ..


Sunday, 17 March 2013

Penglibatan Ibu Bapa


 Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Dalam program Permata, ibu bapa juga diwajibkan untuk melakukan aktiviti penglibatan bersama dengan anak-anak Permata selama 4 jam dalam setiap bulan. Apa tu penglibatan ibu bapa ye?

Sebenarnya penglibatan ibu bapa ni adalah di mana ibu bapa melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan ataupun aktiviti yang boleh dilakukan di Permata untuk memperkukuhkan amalan asuhan dan didikan yang sedia ada dan juga dapat memperkayakan lagi perkembangan anak-anak mereka di Permata ni la.. Dengan cara ini ibu bapa kiranya tahulah perkembangan anak-anak mereka.

Haa... minggu ni Mama Fizza, Ummi Anas dan Ibu Irzyan buat aktiviti bersama dengan anak-anak 4 tahun dan 2 tahun. 

Jom kita tengok betapa seronoknya anak-anak ini.. disamping keriuhan para ibu melakukan aktiviti bersama anak-anak ^_^

fizza : nak gam ^_^

Hafizah:  mana satu la nak tampal dulu ni..

Ummi Anas : jangan rebut2 ye ...

Irzyan : main pencil case ni lagi best..hihihi

Amsyar : gam jangan tak gam ..

Ibu Irzyan : sabar-sabar.. semua akan dapat

macam tak puas hati je fizza dengan Hafizah ni..hihihi

Mereka telah membuat aktiviti guntingan dan tampalan bentuk0bentuk seperti bentuk hati, bulat, segitiga dan lain-lain. Melalui aktiviti ini anak-anak dapat meningkatkan kemahiran perkembangan fizikal mereka iaitu melalui aktiviti menggunting dan menampal di samping meningkatkan perkembangan awal matematik dengan mengenal bentuk-bentuk.

Monday, 11 March 2013

Pendaftaran anak-anak Ke PAPN Pdg Rengas


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Maaf ye ^_^ Admin terlupa nak update tentang hari pendaftaran PAPN Padang Rengas ..ok sekarang , jom ikut Admin ^_*

Akhirnya, PAPN Padang Rengas mula beroperasi setelah 2 bulan dibuka... ^_^

Pada 13 Februari 2013, hari Rabu merupakan hari pendaftran bagi anak-anak PERMATA. Buat permulaan, PAPN Padang Rengas menerima seramai 8 orang yang terdiri daripada 4 lelaki dan 4 perempuan . 5 orang  daripadanya merupakan anak 3-4 tahun dan selebihnya 3 orang merupakan anak 1-2 tahun.

Jom kita intai suasana semasa hari pendaftaran ^_^

pendaftaran - menerangkan cara mengisi borang 

sibuk mengisi borang 

anak-anak mula rasa seronok

kembar pun ada

si kecil Anas (anak 1-2 tahun)

sambil anak-anak bersarapan,
para ibu bapa mengisi borang

baca .. jangan tak baca   isi..jangan tak isi =)

sampai menunduk mama kembar mengisi borang

cikgu Mila memberikan panduan

seronoknya Amsyar dan Amar main...

mendengar taklimat dan penerangan daripada
ketua Pendidik  Puan Jamilah

      
          Ok anak-anak ^_^ Selamat Berkenalan =)






Mesyuarat Agong Dan Bacaan Yassin


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Pada 23 Fabruari 2013, bersamaan dengan hari Sabtu telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat di PAPN Padang Rengas bagi memohon keberkatan dan diberikan pelindungan serta keselamatan kepada anak-anak PERMATA. PAPN Padang Rengas juga turut menjemput jemaah Masjid Kampung Buaia bagi meramaikan majlis tersebut.

Bacaan Yassin dan doa selamat.

Ibu Bapa dan jemaah Masjid Kampung Buaia.

Jamuan ringkas.

Setelah selesai membaca surah Yassin dan doa Selamat serta sedikit jamuan ringan, majlis diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa Dan Pendidik (PIBP) bagi sesi 2013.

 Mesyuarat ini, turut dihadiri oleh Pegawai Paksi PERMATA iaitu, En. Mohd Azim B. Abu Samah. Antara agenda mesyurat dijalankan adalah untuk membincangkan mengenai takwim tahunan, penglibatan ibu bapa, sumbangan bulanan, cuti anak-anak dan lain-lain hal berbangkit.  Selain itu, mesyuarat ini juga turut melantik Ahli Jawatankuasa Tertingi bagi PIBP sesi ini.

PENGERUSI : En. Sallehuddin B. Ibrahim
TIMBALAN PENGERUSI : En. Azman B. Ramlan 
SETIAUSAHA : Pn. Ismalinda Bt. Abdullah
BENDAHARI : Pn. Noor Khuzaini Bt. Che Me 

Selamat bekerjasama diucapkan kepada semua pendidik dan ibu bapa PAPN Padang Rengas. Agar semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dan memberi manfaat kepada anak-anak Permata dan sekaligus merapatkan lagi ukhwah dalam keluarga besar PAPN Padang Rengas ini. ^_^

Friday, 8 March 2013

Pemeriksaan Kesihatan Anak-Anak PERMATA


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Pada hari Jumaat iaitu 22 Februari 2013 yang lalu, Pusat Anak Permata Negara Padang Rengas telah dikunjungi oleh jururawat dan doktor daripada Klinik Kesihatan Padang Rengas. Kunjungan mereka adalah bertujuan untuk melakukan pemeriksaan fizikal seperti mengukur ketinggian, menimbang berat badan dan memeriksa setiap kesihatan anak-anak Permata yang baru mendaftar di pusat ini.

Fatin : berat jugak kite ni.. hihihi

Amsyar : Batman mesti la tinggi..

Hafizah : Doktor, saya tak sakit doktor.. selesema je..

Doktor : adik, nganga mulut adik..

Fizza : dup dap..dup dap..
Terdapat 2 anak PERMATA yang tidak hadir kerana demam dan pihak klinik akan datang semula pada minggu hadapannya. Selain daripada itu, ramai juga anak-anak yang kurang sihat. Jadi doktor memberikan nama ubat yang perlu mereka ambil di Farmasi Klinik Kesihatan Padang Rengas. Jangan lupa makan ubat ye anak-anak.. ^_^ ..

Terima Kasih Tuan Doktor dan Misi.. nanti datang lagi .. ^_^