Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Pada hari Jumaat iaitu 22 Februari 2013 yang lalu, Pusat Anak Permata Negara Padang Rengas telah dikunjungi oleh jururawat dan doktor daripada Klinik Kesihatan Padang Rengas. Kunjungan mereka adalah bertujuan untuk melakukan pemeriksaan fizikal seperti mengukur ketinggian, menimbang berat badan dan memeriksa setiap kesihatan anak-anak Permata yang baru mendaftar di pusat ini.
|
Fatin : berat jugak kite ni.. hihihi |
|
Amsyar : Batman mesti la tinggi.. |
|
Hafizah : Doktor, saya tak sakit doktor.. selesema je.. |
|
Doktor : adik, nganga mulut adik.. |
|
Fizza : dup dap..dup dap.. |
Terdapat 2 anak PERMATA yang tidak hadir kerana demam dan pihak klinik akan datang semula pada minggu hadapannya. Selain daripada itu, ramai juga anak-anak yang kurang sihat. Jadi doktor memberikan nama ubat yang perlu mereka ambil di Farmasi Klinik Kesihatan Padang Rengas. Jangan lupa makan ubat ye anak-anak.. ^_^ ..
Terima Kasih Tuan Doktor dan Misi.. nanti datang lagi .. ^_^
No comments:
Post a Comment