Thursday 7 March 2013

Taklimat Pembukaan Dan Pengoperasian PERMATA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Pada 7 Januari 2013 iaitu bersamaan dengan hari Isnin telah diadakan Taklimat Pembukaan dan Pengoperasian PERMATA bertempat di Pusat Anak Permata Negara Padang Rengas. Majlis ini bermula jam 9.30 pagi yang dihadiri seramai lebih kurang 100 orang tetamu yang terdiri daripada penduduk di sekitar Taman Seri Permai dan Padang Rengas umumnya. 

Rata-rata yang hadir ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang PERMATA .Mereka sangat berbesar hati dengan tertubuhnya PAPN di kawasan ini. Taklimat pengoperasian ini disampaikan oleh  En. Mohd Azim yang merupakan Pegawai Paksi bagi Pusat Anak Permata Negara Padang Rengas. 

Mari kita lihat gambar-gambar yang dirakamkan pada Majlis tersebut. ^_^

Sebelum majlis bermula.

Persiapan.

Tetamu mula hadir.

Menunggu majlis bermula.

Taklimat Pembukaan dan Pengoperasian PERMATA.

Disampaikan oleh En. Mohd Azim B. Abu Samah
- Pegawai Paksi PERMATA

Tayangan video Datin Seri Rosmah Mansor -
Penaung Program PERMATA


Majlis selesai

Jamuan untuk tetamu yang hadir

menjamu selera.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Kami pendidik-pendidik Pusat Anak Permata Negara Padang Rengas, Kuala Kangsar mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada En. Azim selaku Pegawai Paksi Permata, Jabatan Penerangan Kuala Kangsar, Majlis Daerah Kuala Kangsar, Ketua Kampung Kg. Paya Panjang, Ketua Kampung Buaia, Ketua Kampung Stor, Ketua wanita UMNO Padang Rengas dan semua yang terlibat bagi menjayakan majlis taklimat ini. 

Terima Kasih  ^_^

No comments:

Post a Comment