Wednesday, 20 March 2013

Aktiviti Luar : Kayuh jangan tak kayuh


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Antara aktiviti luar yang selalu kami galakkan kepada anak-anak Permata adalah aktiviti berbasikal. Anak-anak ni suka sangat kalau kita suruh mereka mengayuh basikal. Bukan main laju lagi. Sampai jerit-jerit seronok. Itulah sifat kanak-kanak. Walaupun kita nampak mereka hanya mengayuh basikal, namun di situ  proses pembelajaran berlaku melalui aktiviti penerokaan atau dalam aktiviti Papn dipanggil (nature walk) dan ini dapat memberikan pengalaman baru kepada mereka.

Aktiviti berbasikal amat baik untuk kanak-kanak kerana ia dapat meningkatkan kemahiran motor kasar mereka melalui aktiviti kayuhan. Aktiviti fizikal yang dirancang dengan baik akan dapat memastikan proses perkembangan fizikal berlaku dengan berkesan.

Jadi apalah agaknya anak-anak Permata Padang Rengas ini lakukan masa aktiviti berbasikal ye..hihi..Jom kita intai nak?? ^_^

Hafizah : cepat la kembar..Anas nak lalu ni...

Ammar : Beratnya Hafizah ni..hiihih

Hati-hati bawa Fatin ye Amsyar ... =)

Irzyan : tunggu kasut Irzyan tertanggal..tungggguuu!!!

Cikgu Azie dan Cikgu Mila..mana Cikgu Huda??

Main kasut lagi best..hahahha

Simpan semula setelah digunakan .. Very Good !

Fatin : Siap parking dah cikgu ..


No comments:

Post a Comment