Wednesday 20 March 2013

Aktiviti Bulan Mac : "Home Sweet Home"


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia 

Papn Padang Rengas telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2013, dan salah satu aktiviti yang dirancang dalam bulan Mac ialah aktiviti "Home Sweet Home" yang bersesuaian dengan tema bulan ini iaitu "Rumah Saya". Dalam aktiviti ini anak-anak Permata Padang Rengas telah dibawa melawat ke rumah rakan-rakan mereka. Lawatan ini dilakukan selama 3 hari iaitu dari 19-21 Mac 2013, iaitu Selasa hingga Khamis. 

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak Papn Padang Rengas melawat ke rumah rakan-rakan mereka di samping dapat mengenali ahli keluarga rakan masing-masing. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan ukhwah di antara pendidik, ibu bapa dan anak-anak Permata. 

Mereka sangat gembira dapat mengunjungi ke rumah rakan-rakan sepermata dan merasa seronok apabila rumah mereka dikunjungi oleh rakan dan pendidik. Macam-macam ragam dan telatah anak-anak ini ketika membuat aktiviti "Home Sweet Home".. kalau tak percaya..jom kita tengok gambar yang sempat dirakamkan ...^_^

ready to go!! peace Yo!

Irzyan ni mengantuk ke excited?? hhihii

Assalamualaikummmm!! kami dah sampai

Rumah Ammar dan Amsyar

Irzyan : nakkk..

Ibu Ammar dan Amsyar dengan anak-anak Permata

Dah sampai rumah Hafizah ^_^

nampak sama tapi tak serupa..hihi

Ibu Hafizah dan anak-anak Permata

Agaknya apalah yang disembangkan oleh mereka ye??

Taaraa!! dah sampai rumah Fatin ^_^

tanggal kasut dulu ..

salam dengan Mama fatin

Oh..dah rumah Anas pulak ?? 

Terima kasih Ummi Anas..sedapnya Ummi Anas masak ^_^

bye..nak balik dah  

Sampai je di Permata semuanya berasa letih..lepas mandi semua tidur nyenyak.. apa-apa pun yang penting anak-anak Permata seronok melakukan aktiviti "Home Sweet Home"...Yeyyyy ^_^ 

No comments:

Post a Comment