Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Dalam program Permata, ibu bapa juga diwajibkan untuk melakukan aktiviti penglibatan bersama dengan anak-anak Permata selama 4 jam dalam setiap bulan. Apa tu penglibatan ibu bapa ye?
Sebenarnya penglibatan ibu bapa ni adalah di mana ibu bapa melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan ataupun aktiviti yang boleh dilakukan di Permata untuk memperkukuhkan amalan asuhan dan didikan yang sedia ada dan juga dapat memperkayakan lagi perkembangan anak-anak mereka di Permata ni la.. Dengan cara ini ibu bapa kiranya tahulah perkembangan anak-anak mereka.
Haa... minggu ni Mama Fizza, Ummi Anas dan Ibu Irzyan buat aktiviti bersama dengan anak-anak 4 tahun dan 2 tahun.
Jom kita tengok betapa seronoknya anak-anak ini.. disamping keriuhan para ibu melakukan aktiviti bersama anak-anak ^_^
|
fizza : nak gam ^_^ |
|
Hafizah: mana satu la nak tampal dulu ni.. |
|
Ummi Anas : jangan rebut2 ye ... |
|
Irzyan : main pencil case ni lagi best..hihihi |
|
Amsyar : gam jangan tak gam .. |
|
Ibu Irzyan : sabar-sabar.. semua akan dapat |
|
macam tak puas hati je fizza dengan Hafizah ni..hihihi |
Mereka telah membuat aktiviti guntingan dan tampalan bentuk0bentuk seperti bentuk hati, bulat, segitiga dan lain-lain. Melalui aktiviti ini anak-anak dapat meningkatkan kemahiran perkembangan fizikal mereka iaitu melalui aktiviti menggunting dan menampal di samping meningkatkan perkembangan awal matematik dengan mengenal bentuk-bentuk.
No comments:
Post a Comment