Monday 11 March 2013

Mesyuarat Agong Dan Bacaan Yassin


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Pada 23 Fabruari 2013, bersamaan dengan hari Sabtu telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat di PAPN Padang Rengas bagi memohon keberkatan dan diberikan pelindungan serta keselamatan kepada anak-anak PERMATA. PAPN Padang Rengas juga turut menjemput jemaah Masjid Kampung Buaia bagi meramaikan majlis tersebut.

Bacaan Yassin dan doa selamat.

Ibu Bapa dan jemaah Masjid Kampung Buaia.

Jamuan ringkas.

Setelah selesai membaca surah Yassin dan doa Selamat serta sedikit jamuan ringan, majlis diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa Dan Pendidik (PIBP) bagi sesi 2013.

 Mesyuarat ini, turut dihadiri oleh Pegawai Paksi PERMATA iaitu, En. Mohd Azim B. Abu Samah. Antara agenda mesyurat dijalankan adalah untuk membincangkan mengenai takwim tahunan, penglibatan ibu bapa, sumbangan bulanan, cuti anak-anak dan lain-lain hal berbangkit.  Selain itu, mesyuarat ini juga turut melantik Ahli Jawatankuasa Tertingi bagi PIBP sesi ini.

PENGERUSI : En. Sallehuddin B. Ibrahim
TIMBALAN PENGERUSI : En. Azman B. Ramlan 
SETIAUSAHA : Pn. Ismalinda Bt. Abdullah
BENDAHARI : Pn. Noor Khuzaini Bt. Che Me 

Selamat bekerjasama diucapkan kepada semua pendidik dan ibu bapa PAPN Padang Rengas. Agar semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dan memberi manfaat kepada anak-anak Permata dan sekaligus merapatkan lagi ukhwah dalam keluarga besar PAPN Padang Rengas ini. ^_^

No comments:

Post a Comment